Sport

Ujian besar pertama ‘skuad mahal’ Chelsea

LONDON: Chelsea mungkin sudah membelanjakan lebih £500 juta (RM2.643 bilion) membeli pemain baharu, namun musim pertama di bawah pemilikan baharu boleh berakhir tanpa sebarang trofi melainkan mereka boleh menguasai Eropah dalam beberapa bulan akan datang.

Ujian besar pertama 'skuad mahal' Chelsea

Skuad Blues akan ke Borussia Dortmund pada aksi pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini selepas tersingkir daripada kedua-dua aksi domestik malah berkedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menang Liga Juara-Juara buat kali ketiga mungkin menjadi laluan terbaik Chelsea untuk kembali ke dalam kejohanan itu tahun depan kerana mereka ketinggalan 10 mata di belakang empat pasukan teratas liga utama England itu.

Skuad kendalian Graham Potter hanya menang dua daripada 12 perlawanan terakhir sejak bola sepak Eropah berhenti seketika pada musim sejuk.

Potter juga perlu mempertimbangkan senarai panjang pemain yang cedera sejak perpindahan Januari selain mengekalkan harmoni dalam skuad yang kini memiliki 33 pemain utama.

Bekas bos Brighton itu sudah melalui proses pemilihan sukar bagi baki pemainnya untuk kempen Eropah.

Dengan hanya tiga pemain baharu dibenarkan untuk ditambah dalam skuad ke Liga Juara-Juara dan lapan pemain baharu dimiliki Chelsea – Benoit Badiashile, Noni Madueke, Andrey Santos dan David Datro Fofana terpaksa diketepikan.

Malo Gusto pula terpaksa menghabiskan babak kedua musim dengan kembali dipinjamkan ke Lyon.

Namun tiga pemain baharu termasuk Joao Felix, Mykhailo Mudryk dan Enzo Fernandez sepatutnya akan menambah kekuatan dan mencetuskan kreativiti amat diperlukan di barisan serangan.

“Babak kedua mungkin gambaran di mana kami berada sebagai sebuah kumpulan dan pasukan,” kata Potter selepas permulaan baik Chelsea di Stadium London menentang West Ham.

“Dalam aspek pemain sudah mendapat kepantasan, kembali daripada kecederaan dan menyesuaikan diri dengan EPL.”

Prediksi Dortmund Vs Chelsea di Liga Champions 2022-2023: Ujian Berat Skuad  Mahal Boehly | OneFootball

Dalam pada itu Potter menyedari bahawa tahap kesabaran sudah semakin menipis dalam kalangan penyokong yang sudah biasa melihat budaya ‘ambil dan buang’ ketika di bawah Roman Abramovich yang jelas membuahkan hasil.

Pada setiap dua musim Chelsea menang Liga Juara-Juara dalam tempoh 19 tahun pemilikan jutawan Russia itu, mereka menukar pengurus pada pertengahan musim.

Chelsea juga sudah melakukannya musim ini apabila Potter menggantikan Thomas Tuchel pada September. – AFP

Source: bharian.com.my

Related Posts

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…

Rory McIlroy shot leaves golf fans in awe after using his club backwards at BMW PGA

Rory McIlroy is back in action at this week’s BMW PGA Championship at Wentworth, and he showed why he is one of the world’s best players when using…

LIV Golf stars discover Ryder Cup fate as PGA explain controversial decision

The PGA of America have explained that LIV Golf players will be able to compete on Team USA at next year’s Ryder Cup where they will host the…

“Shirtless” Tiger Woods Impressed Mark O’Meara & Friend Once With His Surprising Display of Talent

What do you think about the bond between Tiger Woods and Mark O’Meara? O’Meara calls him “little brother” meanwhile they have also played alongside him for years. While…

Scottie Scheffler follows in Tiger Woods’ footsteps after caddie decision

Masters champion Scottie Scheffler has won more than $62 million in prize money alone this year – with his caddie Ted Scott needing an accountant due to his…

Rory McIlroy Ends Alleged Beef With Tiger Woods by Protecting Him From ‘Greed’ Allegations

The golf world has no shortage of topsy-turvy news right now, especially with the $3B merger looming over. As the PGA Tour-PIF merger talks have taken a contentious…